TENTANG KAMI
Sebagai pembekal portal yang inovatif, kami telah menyediakan metodologi yang terbaik dalam pengaturcaraan dan rekabentuk bertujuan untuk menghasilkan / memberikan sistem-dalam-portal yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami.
Bagi memenuhi tuntutan perniagaan yang dinamik di Asia pada masa kini, kami telah menubuhkan sebuah syarikat yang berdedikasi dalam memenuhi keperluan konseptualisasi dan menyediakan sokongan bagi setiap produk yang kami hasilkan.
Profesionalisme telah menyatukan organisasi, kakitangan dan juga kerja-kerja yang kami laksanakan. Para pelanggan kami juga percaya pada pandangan, penilaian dan keupayaan kami walaupan pada saat kritikal dan dalam tempoh masa yang terhad. Kami juga akan sentiasa menawarkan penyelesaian yang efektif dan beretika dengan tahap integriti dan komitmen yang berada pada standard perkhidmatan yang tertinggi,
Di iKonxept, kami percaya bahawa pandangan dan penyelesaian kami tidak akan bernilai kecuali ianya sesuai dengan keperluan dan kehendak para pelanggan. Kami juga memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada setiap pelanggan kami bagi memastikan bahawa penyelesaian yang tepat diberikan bagi setiap masalah / isu yang timbul. |